3.3.13







ditulis oleh JANNAH




DALAM BENCI , ADA CINTA.
==================================================================================
Sepanjang jalan ke kelas   Enam Atas Sains jiwanya tak tenteram dan bedebar -debar.Perasaan inilah yang di lalui sejak dua tiga tahun lepas.Ini bukan pertama kali dia bertukar sekolah .Ini merupakan sekolah yang ke empat dalam tahun ini.Sudahlah  hujung tahun ini dia akan meduduki STPM.Dia mengharap ini merupakan sekolah terakhirnya dia bertukar sehingga selesai dia menduduki STPM.Bapanya yang bertugas sebagai pegawai FAMA menyebabkan mereka sering betukar ke tempat baru atas tuntutan kerja.Dia sebagai anak hanya menurut walaupun dalam hati dia memberontak.
'Bagun kelas .Selamat pagi cikgu .'
'Selamat pagi kelas.Kamu semua boleh duduk balas cikgu Julia merangkap guru kelas aku.
Khalisya perkenalkan diri awak..Pinta Cikgu Julia..
'Nama saya Nur Khalisya Izzurin binti Azman'.Asal dari Terengganu,Sekolah lama sekolah Bagan Serai.Jelas Isya panjang..
Okey Khalisya awak duduk sebelah Suzie.Arah cikgu Julia sambil menunjuk tempat kosong sebelah pelajar perempuan bercermin mata.
'Hai Suzieyana.Boleh saya panggil Isya sya rasa lebih mesra.'
'Boleh  saya tak kisah'.Jawap khalisya.Sambil menyambut huluran tangan suzi tanda bermulanya sebuah persahabatan..
Tanpa di sedari Khalisya atau suzie ada sepasang mata merenung ke arah mereka penuh minat.

#######*********###########********#########********######***************#####

'Wei bro makan sorang nampak'
'Sapa kawan-kawan Haziq'.Azlan ,shahril dan Azwan.,.
'Korang datang boleh tak bagi salam'
'Sorry ar ingat  kau sedar tadi.Jangan marah bro.
'Bukan marah ingatkan je macam mana kalau aku ada sakit jantung ,Tak pasal-pasal aku jadi arwah.Suka ar korang makan nasi free kat rumah aku sempena kenduri arwah aku.
'Berdekah -dekah Azlan ,Sazwan,dan Shahril mendengar lawak bersahaja  Haziq.'
Muhammad Faqri Haziq bin Ahmad Zafran memang mempunyai raut wajah yang menarik ,dengan tubuh sasa,kulit yang kuning langsat, hidung mancung serta rambut hitam pekat yang sengaja di sikat secara menegak menampak kawannya itu berterampilan kemas.Haziq di katogerikan lelaki yang mempunyai pakej lengkap yang di idamkan setiap wanita.Tetapi satu sikap Haziq kurang di senangi rakan-rakanya.Iaitu kasanova perempuan dianggap sepeti salin  pakaian je.Bertukar pasangan telah menjadi kebiasaan teman mereka itu namun begitu kawan mereka itu tak pernah merosakkan hidup-hidup gadis yang di dampingginya.
'Wei. Lan ape pendapat kau tentang pelajar baru itu..'Tanya Shahril.'
'Okey ar boleh dikatakan menarik juga ,kulit putih ,hidung mancung langsing tapi genit atau bahasa kejam lagi terbantut .'
'Aku rasa okey dah tahap ketinggian dia itu .Lagi pun dia perempuan setakat itu je tahap ketinggianya nak buat macam mana.Tapi aku nampak Khalisya itu sopan santun,lemah lembut nampak macam cerdik juga .'Syazwan menyuarakan pendapatnya.'
'Aku pun nampak macam itu juga'Sokong Shahril'
'Apa pendapat kau pula Ziq,'?
'Tiga pasang  mata tertumpu ke arah Haziq yang sedang menyuap baki nasi lemak  '
'Apasal pandang aku?, Soal Haziq sambil menayang muka tak bersalahnya.
'Kau tak dengar soalan aku'Soal Azlan?.
'Kau tanya apa tadi?
'Aku tanya apa pendapat kau tentang Khalisya'?
'Khalisya mana?Tanya Haziq balik.
'Budak baru  kelas kita lah.'
'Ooo budak perempuan itu ,Biasa-biasa je ,yang pasti dia bukan taste aku.'
'Haziq terus bagun basuh tangan di sinki berdekatan'Haziq datang semula di meja rakan-rakan melepak sambil makan.
'Makan cepat sikit masa rehat nak habis 'Aku naik dulu aku nak jumpa cikgu Rahim sebelum masuk kelas.
Haziq tahu mesti teman-temannya temanggu-manggu dengan tindakkanya,Dia tidak betah duduk lama-lama di situ bimbang rahsia hatinya  dapat di hindu oleh teman-temannya.Dia cakap Khalisya bukan tastenya untuk selindung perasaannya yang sebenar.Dia sendiri tak tahu mengapa dia bedebar-debar saat memandang Khalisya pagi tadi,Aneh betul perasaan yang di alaminya ini ,Selama mendampingi pelbagai-bagai jenis perempuan tak pernah dia berperasaan sebegini.Kalau kawan -kawan dia tahu dia merenung Khalisya mampus dia jadi bahan sindiran teman-temannya.

######********#########********#############*****************########********

Kring!.kring.! kriingggg!
 Loceng yang berbunyi   tanda tamat sesi sekolah  bagi sesi pagi untuk hari ini.
Hari ini dah masuk sebulan dia belajar di sekolah ini.Khalisya segera kemas alat tulisnya dengan segera bimbang mamanya menuggu lama dia di pintu pagar sekolah.
Sewaktu hampir dengan pintu pagar sekolah tubuh kecilnya di rempuh oleh seseorang ,Gara -gara  tidak bersedia dia hilang kawalan dan terjatuh di tempat' parking 'Motorsikal,buku-bukunya pula beterabur atas jalan.
'Kau nie memang buta tak nampak orang main langgar je.Lain kali pandang orang sekeliling jangan asyik berangan je.Satu lagi aku nasihatkan kau  ,Kau tak perlu buat cermin mata tapi pakai kanta biar jelas sikit mata kau itu menyusahkan orang je,Tengking Haziq kepada Kalisya,dan meninggalkan kalisya yang sedang mengutip fail-failnya yang bertaburan atas jalan.
'Hantu punya jantan dah langgar orang ,tak minta maaf ,lepas itu tengking orang sesedap rasa dia je,marah  Khalisya tak perlu pandang dengar suara yang menegking dia tadi  tahu siapa orangnya,Kalau bukan si Haziq puaka itu.'
Setahunya semenjak dia bertukar ke sekolah ini dia tak pernah menyakiti sesiapa pun.Tapi dia tak tahu mengapa lelaki itu sering tak puas hati kepadanya.Dia ingat hari pertama dia ke sekolah ini dia telah di beri amaran keras oleh Haziq jangan belagak bagus.
Dia pernah di marah teruk oleh cikgu dan ayahnya gara-gara Haziq sungguh dia benci Haziq yang menjengkelkan itu.

#####********#########********##########********########*********##########***

7 TAHUN KEMUDIAN.

Isya jom makan ,Ajak suzie.
Jom.Isya segera mencapai handbagnya untuk berjalan beririgan dengan suzie
  Mereka memilih restoran Medan Selera sebagai lokasi makan tengah hari mereka.Sambil   menjamu selera mereka mengimbas kembali zaman sekolah dan zaman mereka di 'U ' .Sungguh tak di sangka pengenalan singkat mereka di tingkatan 6 atas kekal sehingga kini.Mereka juga belajar Universiti yang sama  iaitu  Universiti Malaya.Kini kedua -duanya berjaya menjadi doktor cuma bidang yang berbeza,Khalisya menjadi doktor phisikology manakala suzie pula doktor pakar bedah.Kedua-dua mereka telah memulakan tugas setahun  yang  lalu di sekitar  Bandaraya ,Kuala Lumpur setelah tamat belajar bidang perubatan.       Khalisya bertugas di Hospital swasta,Suzie pula di Hospital kerajaan namun itu tidak menghalang persahabatan mereka yang terjalin semenjak zaman persekolahan lagi.Sedang rancak berbual muncul seorang pemuda ingin bersama-sama join Khalisya dan suzie.
'Hai' sapa pemuda itu,boleh saya join sekali?
'Hai' Duduklah balas Suzie.
Haziq pantas menarik kerusi di sebelah suzie dan melabuh punggungnya di kerusi yang setentang dengan Khalisya.
'Kalau  tak silap saya, awak ini Haziqkan'?
'Yup,Ini Suzie kan? Soal Haziq semula'
'yes,Ya ALLAH kecilnya dunia boleh jumpa kau kat sini 'So sekarang  kerja apa ?  Soal suzie.
'Aku kerja sendiri ,Aku buka Syarikat guaman sendiri'
'Haziq tersenyum melihat kerutan di wajah suzie,Dia tahu apa yang berlegar di fikiran Suzie ketika ini.'
'Aku rasa aku tak boleh bawa bidang Sains,Aku sambung belajar di 'U' bidang perudangan, Terang Haziq kepada Suzie.
     Baginya  dia lebih meminati bidang perundangan dari bidang perubatan sebagai kejayanya.
'Kau pula apa cerita?' soal Haziq kepada Suzie Sambil merenung  kepada Khalisya yang menunduk sambil menjamah makananya .Sudah lima belas minit dia di sini tapi satu patah perkataan pun tak di ungkap oleh gadis depannya ini,Tegur dia pun tidak, Apatah lagi memandangnya ,Dia tahu kehadirannya tidak di senangi gadis itu.
'Aku doktor pakar bedah di hospital kerajaan.'Jawap suzie.
Tiba- tiba Khalisya bagun dari tempat duduknya.khalisya sedar diri nya menjadi perhatian dua insan di depannya kini.
'Suzie aku nak masuk kerja waktu rehat dah habis,Mulutnya lancar memberitahu Suzie,Seterusnya dia terus mengatur langkah meniggalkan Restoran Medan selera setelah membayar makanan tengah harinya dengan Suzie di kaunter.
Suzie meminta diri pada Haziq dan mengejar Khalisya yang jauh meninggalnya di belakang.
Haziq hanya memandang  kosong kepada susuk tubuh kedua -dua gadis yang jauh meninggalkanya,Dia sudah seminggu berurusan  dengan Khalisya atas urusan kerja.Khalisya sekarang mengendali kes pesakitnya  yang merupakan anak guamannya.Mulanya dia pun terkejut dengan pertemuan yang tak di sangka dengan gadis itu,tapi dia tetap bersyukur di pertemukan semula dengan gadis itu, Sekurang -kurangnya terubat rindunya yang di pendam selama 7 tahun.
Haziq akui sememangnya dia menyintai Khalisya semejak mereka di bangku sekolah lagi,Memang dia melayan Khalisya dulu agak keterlaluan,Bukan dia membenci Kalisya tetapi itulah cara dia melindungi rasa hatinya dari di hindu oleh gadis itu dari teman -temannya.
Tetapi kini dia nekad akan tawan hati Khalisya,cukuplah penderitaannya selama ini sungguh dia tak sanggup lagi menjadi sang perindu,Selepas kehadiran gadis itu tiada gadis lain yang di terima dalam hidupnya,Dahulu memang dia  di gelar Mat Romeo tapi kni dia lah sang pencinta yang setia,Siang malam dirinya di temani bayangan Khalisya,Dia akan pastikan Khalisya menjadi miliknya yang mutlak suatu hari nanti.

*********#######***********##########*********########*********###########****

Khalisya merenung jarinya yang merah di hiasi inai,Seketika kemudian dia megalihkan pandangannya pada setiap sudut biliknya yang terhias cantik warna ke sukaannya hijau dan putih susu ,Beberapa jam dari sekarang dia akan di satukan dengan Muhammad Faqri Haziq  Bin Ahmad Zafran.Sungguh insan yang di benci kini akan menjadi suaminya .Dia teringat dua bulan yang lalu ketika dia di pinang oleh Haziq,Papa dan mamanya yang bimbang dia yang masih belum berumah tangga terus menerima pinangan Haziq.
Masih jelas di ingatan saat ibunya menyerah cicin tanda kepadanya,Setelah mengetahui siapa tuan cicin itu dia terus melenting ,Hampir dua minggu dia tak bertegur sapa dengan papa dan mamanya.Akhirnya dia mengambil keputusan betemu dengan Haziq untuk membatalkan apa yang telah di rancang kedua -dua belah keluarga,
Khalisya menunggu Haziq di taman mainan kawasan perumahannya,
'Assalamulaikum ,Sapa Haziq ,'
'Walaikumussalam,jawap khalisya'
'Kenapa awak nak jumpa saya?Soal Haziq,
Dia pelik mengapa gadis itu menghubunginnya ,Selepas gadis itu menyatakan ingin bertemunya di taman dia dapat meneka mesti ingin penjelasannya  mengenai rombongan meminang yang di hantar ke rumah gadis itu,.
'Apa masalah awak nie'? Soal khalisya.
'Masalah apa ? Soalan Khalisya di balas soalan balik ,Walaupun dia tahu apa maksud gadis itu.
'Saya taknak tahu apa-apa  yang pasti awak mesti batalkan perkahwinan bodoh ini'
Haziq naik berang dengan kata-kata yang keluar dari mulut Khalisya.
'Kalau bodoh kenape awak terima pinagan itu' Haziq meninggi kadar suaranya.'Apa yang pasti saya takkan batalkan apa yang di rancang. 'keputusan saya mutamad.
Tiba-tiba dia tedengar esakan Khalisya.Dengan suara yang lemah Khalisya menyoalnya.
'Kenapa Haziq awak menyiksa saya macam ini,Apa salah saya pada awak ,Tak cukup lagi ke apa yang awak lakukan kepada saya,Awak nak siksa saya seumur hidup ke,Apa salah saya Haziq, cakap Haziq apa salah saya pada awak,Khalisya merayu  kepada Haziq.Sayu rayuan Khalisya di pendengaran Haziq.
Haziq pantas mendekati Khalisya yang duduk di kerusi batu sambil mukanya di tunduk sedikit.Haziq memegang dagu Khalisya dan mendongakkan muka Khalisya memandangnya seketika mata mereka bertentangan,Pantas tangan sasa Haziq di tolak lembut Khalisya.Haziq berlutut di hadapan Khalisya sambil tangannya mengesat air mata Khalisya,Sungguh hatinya sakit melihat air mata yang mengalir di pipi khalisya.
'Memang awak salah , Kerana mencuri hati saya,Hadir dalam mimpi saya,Dan buat saya separuh gila rindukan awak' Lafaz Haziq lancar ,Dia lega kerana hari ini dia berjaya meluahkan apa yang di pendam  dalam hatinya selama tempoh 7 tahun ini.Seketika dia menyambung kata nya tadi.
'Sungguh saya mencintai awak,Kalau di beri pilihan saya lebih rela mati daripada berpisah dengan awak.Nur Khalisya Izzurin sudi tak awak jadi permaisuri hati Muhammad Faqri Haziq,Ibu kepada anak-anak saya,Anak perempuan kepada ibu bapa saya,Teman perjalanan saya,Dan menjadi Bidadari  saya di syuga ALLAH...'
Khalisya memanggung kepalanya mencari ke ikhlasan kata -kata Haziq.Melalui anak mata Haziq Khalisya nampak ke ikhlasan lelaki ini.
'Awak jahat awak buli saya .Saya benci awak'Luah Khalisya,Sambil tangan lembut memukul Haziq.
Sungguh di akui dia juga menanggung rasa yang sama seperti Haziq.Dia jatuh cinta pandang pertama saat melihat Haziq,Namun cuba di usir persaan aneh yang wujud setiap kali dia memandang Haziq,Kerana layanan dingin lelaki itu.Walaupun 7 tahun berlalu namun Haziq tetap bertahta di hatinya.Sehingga di pertemu semula dengan Haziq di Hopital tempoh hari.
'Saya  nak tanya awak sesutu boleh tak,? Tanya Khalisya.
'Tanya lah seribu soalan pun Abang akan jawap? Haziq telah bangun dari posisi melutut  terus mengambil tempat di sisi Khalisya.
'Gatal' Laju je tangan Khalisya mencubit lengan sasa Haziq , Haziq perlahan mengurut tangannya yang merah di cubit Khalisya.
'Kenapa dulu awak suka buli kita?'
'Sahaja sebab nak lindung perasaan sebenar saya pada awak,
'Awak tak awal sangat ke,Dua bulan je  lagi majlis itu,Taknak bertunag dulu ke? Tanya Khalisya,
'Taknaklah sayang kita bukan muda lagi umur kita pun dah 26 tahun.Lagi pun saya tak sanggup berjauhan dengan awak lagi'
'Sapa nak kahwin dengan awak'? Soal Khalisya.
'Sapa lagi awaklah '
'Tak malu kita tak nak kawin dengan awak'
'Tapi awak dah terima pinangan saya'
'Bukan sayalah terima awak, Mama dengan Papa  yang terima awak'
'Samalah tu yang pasti awak kena jadi penganti perempuan saya'
'Isya boleh saya panggil begitu ,Soal Haziq
'Boleh ,Jawap Khalisya.
'Isya,Awak  mencintai  saya ke?
'Khalisya tunduk dan mengangguk,Jelaslah Isya juga meyintai dia walaupun tanpa kata-kata tapi tindak balas gadis itu menunjukkan gadis itu juga sepertinya.Soalnya bila gadis itu menyintainya dia tak nak tahu ,Gadis itu terima dia sebagai teman hidup pun merupakan anugerah tak ternilai baginya.
Jom balik,Ajak Khalisya
Jom , Balas Haziq..
  Mereka berdiri dan berjalan  beriringan  meninggalkan taman mainan yang sudah tiada manusia.Di bibir  masing-masing terhias senyuman bahagia ...

********########********########***********#########*************##########***

Haziq menapak masuk bilik beraduaan dia dengan Khalisya.Dia melihat Khalisya asyik menghadap' Laptop' di atas katil 'king' sehingga tak menyedari kehadirannya,Dia memandang di segenap sudut biliknya yang cantik terhias warna putih yang di gandingkan dengan warna biru warna kesukaannya,Dia sudah sepakat dengan Khalisya,Jika majlis sebelah perempuan Khalisya bebas memilih wana dan corak kesukaannya ,Tetapi kalau sebelah pengantin lelaki dia berhak memilih warna dan corak mengikut citarasanya citarasanya.
Pada awalnya majlis sebelah pengantin lelaki hanya hendak di buat secara kecil-kecilan sahaja,Bagi dia dan Isya cukup sekadar kenduri kesyukuran,Tapi cadangan mereka di tolak mentah -mentah oleh ibunya,Katanya Khalisya merupakan menantu tunggalnya,Ibunya hendak meraikkan secara besar- besaran,Mereka akur kehendak Ibu Haziq bimbang Ibunya berkecil hati.Hari ini genaplah seminggu dia bergelar suami kepada Khalisya
'Eh! Abang bila masuk sini sapa Khalisya?'
Haziq mengambil tempat di sisi isterinya.
'Lama dah abang tercatuk macam tiang elektrik kat situ,Isya baru perasan,Ye lah siapalah  kita ini  rupa pun kurang ' handsome'.Lap top itu pula lebih menarik itu Isya tak perasan Abang dalam bilik ini.Ada nada cemburu melalui kata- kata Haziq.
Kalisya bersandar  sambil meletakkan kepalanya di bahu Haziq,Apalah abang ini dengan Laptop yang tak de perasaan ini pun Abang nak  jeles.'
Haziq memandang skrin 'Laptop' Khalisya sambil membaca patah -patah perkataan  cantik tersusun dalam satu baris yang di tulis dengan huruf besar.DALAM BENCI ADA CINTA.
'Sayang tulis apa ini macam tajuk novel je.'
'Isya tulis Blog,
'Blog?Abang tak tahu pun Isya ada Blog?
'Abang tak tanya?
'Okey, Abang mengaku kalah, Kalau bahas dengan Isya esok belum tentu habis.'
'Tahu tak pe'Jawap Isya megah,
'Isya taip kisah apa untuk hari ini?'
'Tentang kita Isya nak kongsi dengan orang di luar sana kisah kita dan kebahagiaan kita,Biar seluruh dunia tahu Isyalah manusia paling bahagia sekarang ini.'
'Wow,Terharu Abang mendengarnya,'
'Perasanlah Abang ini'
'Sayang abang harap sangat hubungan dan kebahagiaan kita ini kekal hingga akhir hayat,'
'Insyaallah'Isya pun mendoakan benda yang sama'
Haziq lantas mengengam tapak tangan Isya dan di kucupnya mesra, Tubuh kecil Isya di peluk kemas ,Terima kasih sayang' Ucap Haziq,
'Terima kasih untuk apa?
'Sebab terima Abang seadanya'
'Isya pun nak ucap terima kasih kerana Abang terima semua kekurangan Isya,'
'Biasalah sayang tak semua manusia sempurna,'
Haziq mengeratkan pelukannya .Khlisya yang berada dalam pelukkan Haziq berasa selamat dan selesa.Ini kerana walaupun mereka pernah saling membenci suatu ketika dahulu tapi mereka tidak sedar dalam hati sudah tersemat rasa cinta, Ini bertepatan lah dengan tajuk Blog Khalisya,DALAM BENCI ADA CINTA..

                                            .........   TAMAT.....