PENULIS : AHMAD
SYAKIR B. AHMAD NIZAM
IDEA ASAL : KEHIDUPAN SENDIRI
“heyy,bangun,dah
lambat nak pergi sekolah!!”teriak Ibu. Aku bergegas meninggalkan mahligaiku dan
terus bergerak longlai pergi masuk ke dalam bilik air.
“happ!!!”aku menguap lalu menekup mulutku. Sememangnya
hari ini merupakan hari pertama aku bergelar seorang pelajar yang bersekolah
menengah dan bermula senior of the year. Wei,untunglah dah senior,bisik aku
sendiri.
“dah tak payah nak ketawa sangatlah,pergi siap,jup
lagi nak pergi daftar,nanti lambat baru tahu”bebel ibu.
Ibu,tak perlu aku menulis banyak tentang ibu,cukup
gambarkan watak dalam cerita ni cukuplah,semenjak kematian ayah,ibu merupakan
ketua keluarga,aku dan akak aku masih lagi mampu makan. Itulah ibu,seorang
wanita yang tabah dan cool. Walaupun sibuk dengan kerjanya sebagai Pengurus
besar,namun dia tetap mengutamakan aku dan kakak aku.
Korang semua nak tahu pasal akak aku tak?
Nak,ni aku nak taiplah ni,
Okei,akak aku ni seorang yang periang,muka putih macam akulah,dia ni beza
sedikit,suka berahsia tapi kekadang lawak. Umur dia 20 tahun and now study
dekat Korea,entah lama dah tak balik. Nanti aku sambung balik cerita pasal akak
aku,ni aku nak tulis cerita pasal aku.
Hahaha!!cuba korang semua teka?aku ni lelaki ke
perempuan?
Haha!!tak tahukan,okai I will introduce myself,nama
diberi Ain Nur Farah Bt Asim. Umur 17. Tinggal dekat Seremban,sekolah dekat
Sekolah Menengah Aminuddin Baki (AB) dekat KL. Aku tak pandai pun,sekolah jer
pandai tapi nak angkat buku punyalah susah,aku ni dah lah suka tidur dalam
kelas,lepas tu kalau periksa,tak pernah tak gagal. Ibu pun dah bising,bosan
hari-hari dengar ayat yang sama jer
“akak tu boleh dapat 10 a+ takkan kamu tak boleh
dapat,ni setiap kali peperiksaan jer,manjang dapat 5a 5g ,”bebel ibu.
Aku dah lali dah,Cuma paling aku tak percaya,PMR
aku,mungkin Allah nak bagi rezeki,terdapat pulak 9a,hahaha,,tu yang pandai
tersangatlahkan. Bangga sekejaplah ibu.
Okei,back to my story,korang semua yang baca cerita
aku ni,boleh panggil aku Ain jer.
Back to storyline tadi….
Aku dan ibu meninggalkan perkarangan rumah menuju ke
sekolah,hatiku sayu,almaklumlah sebulan bercuti heaven on the earth aku.
Yelarh,bebas dari exco aspuri yang bajet wow gitu,cikgu disiplin yang suka
disiplinkan aku dan yang paling penting jauh dari buku teks yang berat lagi-lagi subjek
perakaunan. Entah macam mana boleh dapat subjek tu, lamunanku terhenti ketika
ibu menyapaku,
“eh,kenapa anak ibu diam jer ni,cuba bercakap
sedikit”Tanya ibu kehairanan.
“tak dek apa ibu,Cuma rasa teruja nak balik
asrama”jawab ku,teruja ker? Korang rasa?
Kereta CRZ ibu memasuki pintu gerbang sekolah,tertulis
dengan bangga dekat pintu gerbang sekolah
“Selamat
Datang Ke SMK AMINUDDIN BAKI (KLUSTER BERPRESTASI TINGGI)”
Entah dah 4 tahun tertulis dekat situ.
Aku dan Ibu berjalan menuju ke tempat
pendaftaran,ketika ibu sibuk membayar yuran,aku pun pergi melihat bilik aku di
papan kenyataan, 308.
“oh no!!!! tingkat 3 lagi,tidak!!!!!!!!!!!”teriak aku
dalam hati,memang aku akan berpeluh setiap,dahlah hujung,bilik ada 6 orang
jer,dan yang paling malang tu,satu bilik dengan budak-budak tingkatan 4 yang
baru, double no!!
Aku berjalan melambai kearah ibu,ibu pergi
meninggalkanku,aku mencari di mana kawan aku BFF lah,Hara di mana kau berada?
“ain!!!”tiba-tiba satu suara
datang kearah aku. Terkejut aku,Hara memeluk aku. Aku berpeluk sakan dengan Hara.
MALAM (DI SURAU AL FATEH)
“OKei,selamat datang kepada semua pelajar aspura dan
aspuri,malam ni merupakan perlantikan exco aspura dan aspuri”bebel Pn Fiza
dihadapan.
Tiba-tiba kau rasa lelah dengar perkataan exco. Aku
tahu tu,aku takkan dipilih.
“Ain Nur Farah Bt Asim,sila kehadapan. Aku terkejut
beruk ketika namaku dipanggil,
“ye saya,ada apa-apa yang saya boleh tolong?”Tanyaku
kehairanan.
“hahahaaha!!”satu asrama ketawakan aku.
“ain,kamu tak dengar ker,saya lantik kamu sebagai
ketua aspuri”Tanya Pn Fiza.
“hah?ketua?”jawabku kehairanan.
“yer!!taniah!!”balas Pn Fiza.
Aku terkesima sebentar,what?dunia aku seperti gelap
gelita,aku ketua?boleh ke aku.
“dan ketua aspura ialah Muhammad Amirul Hakim b.
Fathi”.
“what?Hakim?,ni satu lagi problem,aku tak boleh
kerjasama dengan mamat kerek ni,tak boleh…”bentak hatiku.
Hara hanya melemparkan senyuman.
“taniah,Ain,jadi KA.”ucap Hara.
Aku melangkah longlai memasuki dorm,haish!! Dua
problem sekarang,first jadi KA,dah tak boleh langgar peraturan,second,kena
kerjasama dengan Hakim,bekas kekasih yang dirampas orang.
FLASHBACK
“kita breaklah,awak pergi dekat Zar tu,siapalah
saya!!”bentak aku di dalam kelas,bengang,Zaria tak habis-habis kacau pakwe
cinta monyet aku tu,
“k,awak bawaklah haluan awak,saya bawak haluan
saya!!”balas Hakim.
Semenjak itu,aku dan dia dah tak bertegur
sehinggalah sekarang
Aku
duduk termenung di birai katil,mengenangkan esok hari pertama aku sebagai Ketua
Aspuri. Aku dah bertekad,aku akan menjalankan amanah ini.
3
bulan kemudian…
Sudah
3 bulan dah,aku menjadi ketua aspuri,entah banyak dugaan,yang paling
teruk,apabila aku baru sahaja kehilangan sahabat yang paling aku sayang,Hara.
Semuanya bermula apabila ..
FLASHBACK:
“Ain,kita nak
jumpa awak esok,dekat kantin”kata Hara.
“ye,nanti kita
jumpa.”balasku.
Aku melangkah laju ke
kantin,Hara menunggu dengan senyuman. Aku pun berjumpa dengan Hana.
“ada apa
Hara?”Tanyaku.
“Hara,nak Tanya,Ain
dengan Hakim,ada apa-apa ker?”
“eh!!mana ada,kan dah
lama break!!”jawab aku.
“owh,tak dek
apa-apa,Ain tipu,kita nampak Ain jumpa dia,siap bergurau senda lagi.”jawab
Hara.
“eh!!mana ada,belum
sempat aku menghabiskan kata-kata,tiba-tiba Zaria menyampuk,
“eh,kau tak payah
menipu,aku nampak!!sampuk Zaria.
“owh tu nak tipu
lagi,Ain,Ain tahukan,kita dah berjanji tak dek rahsia antara kita dan sekarang
apa?,Ain penipu,aku benci dengan kau.”balas Hara lalu pergi meninggalkan
aku,terjelopok jugalah aku.
BACK
TO STORY
Aku
merenung ke luar jendela,ceh!!asrama mana ada jendela,tiba-tiba aku di kejutkan
oleh sapaan daripada belakang,larh,Nisha rupanya,
“eh!!akak
tak tidur lagi?”sapa Nisha,adik junior
bilik aku.
“akak
tak dapat tidur,kamu tak nak tidur lagi ker?”jawabku.
“tak
boleh tidur,akak kita nak cerita sedikit masalah kita.”jawab Nisha,
“ceritalah,kut-kut
akak boleh tolong ,jawabku. Kami duduk di tepi tangga asrama, Nisha memulakan
ceritanya.
“akak,nak
tahu tak,kita minat se`seorang,budak tingkatan 5,kelas akak!kita minat sangat
dekat dia,tapi tularhh,dia tak pernah nak tegur kita,”jawab Nisha.
“hah?minat?sape?”tanyaku
kehairanan.
“Abang
Mirul,larh yang handsome tu!!”jawapan Nisha membuatkan aku terkesima.
Seorang
lagi,dahlah aku dengan Hara bergaduh sebab Hara jelez aku bermesraan dengan
Hakim walaupun aku tak buat.
“owhh!!minat
sangat ker?”Tanyaku 8mohon kepastian.
“minat,kalau
boleh nak couple dengan dia”balas Nisha.
“hihi!!gatalnya,adik
dorm akak nie,acctualy minat tak salah,ni kalau sampai nak ajak bercinta,tu
yang prob sedikit tu.”bebel aku dekat Nisha.
Nisha memahami,dia sedar bukan masanya untuk dia
bercinta,masih terlalu muda dan banyak benda yang perlu difikirkan.
Di
Kelas 5 Vogue….
“Ain,bangun,dah
malam dah!!”aku tersedar ketika mejaku diketuk oleh seorang insan bernama Pn
Aliya,garang,mengajar Fizik,entah macam entah aku boleh tertidur dalam kelas
dia,mati aku.
“awak,pergi
berdiri di luar sekali dengan Hakim tu,dua-dua membuta,kahwinkan nanti,baru tahu”bentak Pn Aliya.
Aku
bangun dan melangkah keluar,dah biasa dah,tapi ini kali pertama aku kena
berdiri dengan ada orang menemaniku.
Di
luar kelas 5 vogue…
Aku
berdiri memaling daripada Hakim. Dua-dua senyap seperti tugu negara,di
tengah-tengah dataran merdeka,tugu negara dekat dataran merdeka ker?entah!!
Aku
hanya memandang kasut converse aku,alarh,kotor ar pulak,Hakim yang sedari tadi
hanya memandang ke tepi,banyak sangat kenangan aku dengan dia,dari Form 3
sampailah akhir tahun form 4,hampir 2 tahun couple,tapi terputus jugak di
tengah jalan. Time tu,hampir 2 hari aku menangis,dah lah time tu result
teruk,clash pulak tu,and now, I must stand next to him. Hissshh macam-macam
terjadi dalam hidup aku.
Setelah
hampir 1 jam berdiri,loceng rehat pun
berbunyi,aku lega mendengar loceng tu berbunyi,dah lenguh dah lutut aku,aku pun
bergegas masuk ke kelas untuk mengambil
beg duit,sedang dalam kekalutan,tanpa disedari aku telah tersandung pada
kaki Hakim,aku hampir terjatuh,namun disambut oleh Hakim,arhh!!!terkesima
sebentar…..
Ketika
itu,ibarat cerita Dream High,Soo Hyun menyambut Suzy. Romantiklah
seketika,kih,aku menolak tubuh Hakim,jauh kau daripada aku!!!Aku melangkah laju
meninggalkan Hakim,Hakim memanggilku,namun aku tidak mempedulikannya,
“Ain,Ain,Ain”teriak
Hakim. Aku hanya berjalan laju kehadapan.
Tiba-tiba,tanganku
ditarik,dah macam dalam Filem Hindustan pulak,aku melenting ketika Hakim
menarik tanganku.
“wei,kau
tak malu ker tarik tangan aku,”bentakku
“aku
nak cakap sikit,kau tu yang cepat sangat.”balas Hakim.
“kau
cakaplah cepat,aku nak pergi kafeteria ni,”balasku,acctualy geram juga
diperlakukan macam tu,tapi suka juga,gatal sekejap.
“okei,kita
bincang dekat cafeteria,aku belanja,kau order jer,nanti aku bayar”kata Hakim
menyakinkan aku.
Aku
dengar sahaja rezeki depan mata,aku pun ikutlah mamat ni,walaupun dah lebih 3
bulan putus. Seusai sampai di kantin,aku pun memulakan misi menghabiskan duit
mamat ni,time couple dulu mana pernah nak belanja,kedekut sedikit,hahaha.
“eh,banyaknya
makan,tapi badan kurus juga”peril Hakim.
“suka
hati atuk akulah,kau nak menyibuk apahal.”balasku.
“okei,aku
nak kita betulkan balik hubungan kita,aku dah cuba lupakan kau,tapi tak
boleh!!”kata Hakim.
“what?cheongmal
eh?chitchan? “tersedak aku dibuatnya.
“kau
dah gila,aku nak SPM lah tahun ni,kau tu tak sedar diri lagi ker?bentakku.
“alarh,tolonglah,Zaria
buat fitnah,dia kata aku dengan dia ada fair,mana ada,aku cuba nak bagitahu kau
perkara sebenar,tapi kau pergi macam tu jer,kau tak pernah nak bagi aku peluang
untuk betulkan keadaan,kau tak pernah nak bagi peluang untuk itu,”kata-kata
Hakim membuatkan aku terkesima. Semua memandang aku dengan Hakim,ibarat
drama,hero dan heroinnya bergaduh. Aku hanya menunduk malu lalu melangkah pergi
tanpa disedari tanganku ditarik oleh
Hakim.
“apa
ni,lepaskan,aku nak kau lepaskan,kalau tak aku pergi jumpa pengetua,”bentakku.
Tanpa disedari air mata sudah mengalir deras,deras sangat.
“tolong,jawab
dulu pertanyaan aku,deal or no deal?”balasnya.
“sayang
Allah dulu,baru boleh sayang aku”balasku spontan. Aku melangkah laju menuju ke
tandas. Deras air mataku mengalir,Nisha yang sedari tadi melihat
keadaanku,mengikut aku ke tandas.
“akak,kenapa?”Tanya
Nisha.
“tak da apa-apa”balasku pendek.
Semenjak
peristiwa itu,aku meletakkan jawatan sebagai Ketua Aspuri,Zaria mengantikan
tempatku,sejak tu juga,Hakim sudah menghilangkan diri,aku tak mahu ambil
tahu,sehinggalah pada suatu hari ….
Ketika
di perhimpunan….
“okei,cikgu
nak buat satu pengumuman,kawan kita,Muhammad Amirul Hakim B Fathi telah pergi
buat selama-lamanya,kita kehilangan seorang pelajar yang sangat baik dan rajin
membantu,mari sama-sama kita sedekahkan AL fatihah untuk beliau,”ucapan
Pengetua itu diselingkan dengan air mata.
Aku
yang duduk dibelakang sekali,terkedu,mendengar pengumuman itu. Terkesima
seketika,entah apa yang terusik sangat sampai air mataku deras mengalir,Asiah
yang berada dihadapanku terus sahaja menenangkanku,semua memandang ke
arahku,Hara terus datang memeluk aku,dia pun turut menangis,aku menangis
teresak-esak,tak sangka,minggu lepas merupakan terakhir kali aku melihat Hakim.
Entah aku rasa seperti menyesal menolak dia tanpa mendengar penjelasannya.
Dua
jam kemudian…
Aku
duduk keseorangan di Taman Sains,sambil menghirup sisa baki air,terasa kosong
pada hari ini,entah rasa kosong sangat,aku pun tak tahu,dari dalam kelas hingga
ke cafeteria,aku rasa kosong gila,sedang aku duduk,tiba-tiba Hara datang ke
arahku,sudah 2 bulan tak bertegur,semuanya kerana Zaria.
Hara
menghulurkan kotak berisi coklat kepadaku,tahu jer pengubat hatiku,
“nah,coklat,Ain
ambillah,tanda minta maaf”jawab Hara.
“owh,okay,saya
ambil,”balasku,kekok memulakan perbualan.
“saya
nak minta maaf dekat Ain”pujuk Hara.
“saya
dah lama maafkan awak,Hara,kita kawan balik eh?”balasku.
Kami
berdua berpelukkan. Semenjak itu,aku dan Hara rapat semula.
Sedang
aku berbual dengan Hara,tiba-tiba Awal datang.
“ain,ada
surat untuk kau!”jawab Awal.
“eh!!surat
dari siapa?”Tanyaku kehairanan.
“surat
dari arwah Hakim”balas Awal,walaupun aku tahu hati dia sayu menyebut nama teman
baiknya itu.
“eh?macam
mana kau boleh dapat surat ni,”Tanya Hara.
“dia
bagi sebelum …sebelum….”belum sempat Awal menghabiskan kata-katanya,air matanya
mengalir,aku menghulurkan tisu.
Dia
mengelap matanya,lalu pergi meninggalkan kami. Aku dan Hara pergi ke kelas
untuk meneruskan pembelajaran pada hari ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas
waktu pulang sekolah,di kelas 5 Vogue…
“Hara,pulang
dulu eh,nanti Ain follow,”kataku.
“okei,jangan
lama-lama,nanti singa betina mencari pula,”balas Hara.
Aku
melambai Hara,setelah itu,aku pun duduk di atas meja, lalu membuka surat itu,
Assalammualaikum,Ain Nur Farah Bt Shamsuri,
To farah,
Kim,nak farah tahu,bila farah
buka sahaja surat ni,mungkin Kim sudah tiada lagi di dunia ni,harap Farah
faham,memang betul kata-kata farah di cafeteria,sayang allah dulu,baru boleh
sayang farah,betul tu,setelah Kim fikir,cukuplah 2 tahun kita mengikat tali
percintaan ini,memang farah tak ditakdirkan untuk Hakim,lagipun kita masih
bersekolah lagi,so,benda remeh temeh ni,kita tolak tepi,Cuma Hakim terkilan
sangat Farah tak nak bagi Hakim peluang untuk menjelaskan keadaannya,asalkan Farah
tahu,Farah tetap ada dalam hati Kim,walaupun barah otak yang menyerang ni,Hakim
tetap kuatkan semangat untuk bertahan agar dapat memberitahu semuanya,tapi
asalkan Farah tahu,Hakim sudah lama memaafkan Farah,dan Hakim harap sangat
sebelum mata ni tertutup,Farah dapat memaafkan Hakim,dan sebelum Hakim
meletakkan pena ini,Hakim nak Farah tahu, you always in my heart…..
Yang benar,Hakim… ;-(‘
Aku
menutup rapat surat itu,air mataku mengalir deras,jatuh membasahi kertas
itu,aku pun tidak sangka begitu mulianya hatinya padaku.
“Kim,Farah doakan,bahagia di alam sana.
Setahun
kemudian
Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia pada
tahun 2013 jatuh kepada Ain Nur Farah BT Asim. Beliau mendapat 10 a+ dalam
semua subjek.
Kini,aku
sudah berkerja,segala kenangan dapatku coretkan,orang pernah berkata,kalau kita
lupakan kenangan itu,kita akan terjerat dengan kenangan itu sendiri,
Owhh,sedih
juga bila kenangkan kawan-kawan aku dekat Malaysia,yelarhh berada di negara
orang. Sebelum aku tutup cerita aku ni,aku Cuma nak korang tahu bahawa,walau
dimanapun kita berada,walaupun siapa pun kita,kita kena ingat bahawa semua ini
telah diaturkan oleh Allah,sang pencipta kita…..
TAMAT