16.9.12

cerpen 1

Hidup ini ibarat mencari di mana logiknya yang tersendiri,tanpa kehadiran cinta yang menanti,pasti tiada bahagia di sisi. Hanya tuhan mampu mengaturkan hidup kita,tetapi untuk mengubah sesuatu itu,kita perlu merancang dengan teliti selain mengharapkan redha yang ilahi

Hahha!!! Aku mengeliat bangun setelah habis menonton drama tu,alarh!!jiwang juga aku ni,hehehe,,but ada satu makhluk mengganggu aku,makhluk tu betul-betul berada di sisi aku,kepalanya sudah berada di atas sofa seusai aku bangun sebentar tadi! Eh,takkanlah.dia………………kut……………………

Aku terkejut gila,bila melihat orang yang paling aku benci seumur hidup aku berada di sebelah aku siap tidur baring lagi. Aku yang dalam kebengangan terus menolak makhluk tu. “geddebuk!!”tergolek makhluk tu.

“wei,mangkuk,kau pehal,tiba-tiba dekat sebelah aku,aku kan dah kata,kita hanya kahwin sebab nenek yang suruh,kau ingat tu,aku benci sangat dekat kau,sebab kau tak pergi menggatal-gatal janji dengan nenek yang bukan-bukan,aku tak kahwinlah dengan kau”bentakku sambil membaling bantal kepadanya suamiku,Faiq
.
“kau tu,kalau tak kerana hutang datuk kau kat nenek aku,tak ada masa aku nak kahwin dengan mangkuk ayun macam kau der!!kau faham tu”. Faiq muka bengang terus menghamburkan kata-kata cacian kepada Adlina. Semangnya perkahwinan mereka hanya berlandaskan terpaksa. Isshh!!

Aku hanya mendiamkan diri setelah mendengar kemarahan faiq yang memuncak malam itu. Aku mengakui mungkin aku terlalu memarahinya sehingga aku terpaksa mengungkit benda yang tak perlu diungkit. Dah takdir Allah Nur Alisyah Adlina dikahwinkan dengan Muhammad Faiq frenk!!

Keesokkan harinya,aku bangun tidur seperti biasa di bilik yang sebesar master bedroom. Aku dan Faiq tak tidur sebilik sebab kita orang tak pernah ada feel apa-apa!!hehehe baik cinta mahupun kasih sayang.
Tapi setelah 3 bulan aku kahwin dengan dia,aku lihat dia ni handsome juga!!!heheeh gatal!!

“faiq,kau kenapa,gaduh lagi eh?”dengus Zack.
“yelarh,aku rasa aku nak ceraikan dia,tapi?”

“tapi apa?kau dah jatuh cinta dengan dia? Hah!’dengus Zack membuatkan Faiq tersedak.

 Ye kut,mungkin aku dah jatuh cinta dekat dia. Melihat Adlina tu cantik jugak. Rengus Faiq dalam hati.

“wei,faiq,aku nak minta maaf pasal malam tadi!!”kataku sambil menghulurkan tangan.

“yeyeyerr!!aku dah maafkan,but I have to tell you something”katanya. Lalu menolak aku ke dinding  dan
mukanya makin rapat dengan mukaku,aku menutup mata,hatiku berdebar-debar,Faiq pun berkata
I hate you so much hahaha….aku menolak tubuh tegapnya itu. Kurang ajar punya husband!!!

Dasar laki tak guna!!! Aku mengejarnya sambil memenggang kayu ditangan. Hish!!! Kurang ajar!!!

“hahaha,faiq tergelak besar sambil menutup pintu  biliknya. Dia seperti dah Berjaya mengalahkan singa betina
itu,huh!puas hati eden. Hehehe,tapi kenapa ketika aku buat benda tu,hati aku rasa berdebar-debar?”dengus hati kecil faiq.

Keesokan harinya,aku terjaga daripada tidur yang lena!!lena ker??emm whatever lah,aku bangun dan terus ke bilik air,tiba-tiba alangkah terkejutnya aku bila bilik aku yang mewah ni,telah diceroboh.

“faiq!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”aku menjerit kuat. Lelaki yang bersinglet dan berkain pelikat tu terkejut apabila mendengar jeritanku.

“kenapa,memekak!!pagi-pagi ni?

“cuba tengok bilik aku ni,kenapa berselerak?”dengus hatiku.

“mana aku tahu,kut-kut cik ti ke masuk!!”balas dengan selambanya.

“okei,fine,kalau macam ini keadaan aku,baik aku tak payah kahwin dengan kau,aku masih remaja,aku nak kita berpisah untuk selama-lamanya” hati Adlina marah.

“kenapa pula,aku nak berpisah dengan kau,aku..aku,,,aku….”
“aku apa!!!”jeritku.

“aku cintakan kau!!”terpacul keluar perkataan keramat itu.
Aku menjadi terkesima tanpa ku sedar mataku mula berkaca,
“kenapa,kenapa kau tak cakap selama ini kau cintakan aku?”tiba-tiba keluar soalan itu bersama-sama deraian air mata.
“sebab hari ini,allah takdirkan aku untuk meluahkan rasa itu kepada isteri yang aku sayang!!”balas faiq.

Aku berlari dan terus memeluknya, tanpaku sangka perkahwinan pada mulanya tanpa sebuah ikatan percintaan kini menjadi tunjang kebahagiaan. Di sinilah bermulanya bait-bait kenangan manis berumah tangga. Orang kata couple before kahwin adalah haram.

“lina,lina,lina,meh nak, masuk,hari dah senja,”aku mengelap air mataku dan terus naik ke rumah. Aku masih merindui belaian kasih seorang suami.
Sememangnya pemergian faiq meninggalkan seribu kenangan indah yang tersemat dalam memori. Hampir dua tahun faiq pergi akibat kemalangan ketika menyambut anak kami yang pertama. Hmm,,,mungkin nasibku sudah seperti ini, tika aku masih mencari sinar cinta yang akan hadir menggantikan cinta yang pergi meninggalkanku.
“lina,lina,lina, kedengaran suara ibu memanggilku.
“ya,ibu ada apa?”balasku.
Ibu nak beritahu sedikit ni,tadi Mak Temah kamu ada datang jumpa ibu,dia bertanya kamu tak teringin ker,nak kahwin lagi?tanya ibu.
Tersentak aku mendengarnya. Aku menjadi kaku sebentar. Ibu bukan apa,Cuma kesiankan Alya ni,dia dahagakan kasih – sayang seorang bapa. Ibu tak nak tengok cucu ibu besar dalam keadaan tiada bapa,kesian nanti.
“baiklah ibu,bagi masa Lina fikirkan dulu,perkara sebegini bukan senang dan boleh dibawa main-main. Balasku lalu mengambil Alya dari pangkuan ibu.

Keesokannya,selepas bersiap aku bergegas menaiki proton Saga FL pemberian arwah. Perkarangan rumah segeraku tinggalkan. Aku memandu terus ke Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor,tempat aku mengajar subjek Pengajian Am.

Sememangnya menjadi seorang pengajar di sini memang menyeronokkan. Ketika dalam perjalanan ke kelas,seorang lelaki telah menegurku.

“assalamualaikum,boleh saya bertanya?”sungguh lembut tuturkata lelaki tersebut.
“waalaikummussalam,ya!”balasku.
“saya nak berjumpa dengan cikgu Adlina”Tanya lelaki.
Aku terkesima,”ya,saya cikgu Adlina”balasku.
“wah,lawa orangnya!”balas lelaki ini.
“apa tujuan awak nak berjumpa dengan saya?”tanyaku.
“nak berkenalan,by the were,nama saya Danial.”balasnya.
“eh?mana tahu saya bekerja di sini?”tanyaku kehairanan.
Ibu kamu yang beritahu?”balasnya.

Semenjak peristiwa pengenalan kami,aku dan Danial menjadi rapat dan di situ sudah bermula bibit-bibit cinta,dan aku tidak mahu mengulangi kesilapan masa lampau. Aku bertekad akan menjaga keharmonian rumah tanggaku bersama suami dan anak yang tersayang!!
“jangan kita mencintai seseorang kerana hawa nafsu,cintailah seseorang kerana cinta dan kasih sayang,dan ingatlah,cinta yang abadi adalah cinta kepada ALLAH….

Tamat