Peperiksaan akhir semester bermula,ira menjawab dengan penuh
keyakinan,subjek guaman (kes nasional) bagi semester akhir,diteliti dengan
terperinci. sememangnya,kurang tekanan bagi ira,kerana itu merupakan subjek
kegemarannya., dia menjawab dan terus menjawab.
Setelah peperiksaan tamat,ira melangkah keluar,dia mencari-cari fira yang
sedari tadi tidak muncul selepas tamat kertas subjek 1,ada 3 subjek lagi yang
di perlu selesai. Peperiksaan akhir untuk
falkulti undang-undang berlangsung selama 2 hari,dan hari ini,merupakan
hari yang pertama. sememangnya kertas soalan hari ini,memang mengundang
kegembiraan padanya.
"hoit!!,sergah fira dari belakang.
"kau ni,buat terkejut aku,selamat
aku tak da sakit jantung,kalau eden moninggal nanti,sapo nak urus an!!
"balasku cuba berdailek negeri.
"alarh,tu pun nak marah!!"balas fira.
Ira memicit hidung rakan baiknya itu. lalu mereka pun berjalan beriringan
ke kafeteria. tanpa mereka sedar
ada sepasang mata memandang ke arah
mereka,seram kut!!
Danisy duduk bersendirian di kafeteria,Alex,rakan baiknya tidak dapat turut
serta kerana ada urusan
peperiksaan yang perlu di selesaikan. namun,dia tidak
kisah kerana dia perlu menumpukan subjek
perundangan antarabangsa yang bakal
bermula peperiksaannya kurang dari 3 jam. sedang dia sibuk
menelaah,tiba-tiba
datang Nisha dan Tizu ke arahnya,
"awak,awak tengah buat apa?"tanya Nisha dengan rayuan manja.
"emm,aku tengah baca komik,ni tak nampak ke aku tengah
ulangkaji?"balas Danisy lalu bangun dari tempat
duduknya dan meninggalkan
kedua-dua perempuan itu.
Nisha menghentak kaki,tanpa di sedari perlakuannya di pandang oleh ira dan
fira.
"wei!!perempuan,kau ni kenapa? macam kurang kasih sayang jer,aku
tengok."tegur fira sambil memandang sinis.
"hey,yang kau sibuk kenapa,semak jer korang berdua ni!!"balas
Nisha dengan nada yang menejengkilkan.
"habis,mesti kata "wow" gitu?"sampuk ira
.
"wow!!!"serentak aku dan fira berkata lalu meninggalkan mereka
berdua tu.
"aku geram betulah dengan "queen wanna be tu!" dia tak kenal
sapa aku?"kata Nisha
"aku akan pastikan dia dapat balasan yang setimpal!"geram nada
nisha.
Ira dan Fira berjalan memasuki dewan peperiksaan.
Seminggu kemudian....
"alhamdulillah,ibu ,akhirnya Ira habis juga exam"dia mengeliat bangun daripada pembaringan lalu
memeluk
ibu yang menyediakan sarapan kepadanya.Hari ini,dia akan ke Universiti untuk menyertai
perkhemahan
falkulti pada tahun akhir ni,mereka akan ke Gunung Kinabalu di Sabah.
wuh!!!teringat pula dia dekat cerita
Dejavu di Kinabalu,lakonan Tiq Zaqiyah. hahahah,ke situ pula,dia mengambil beg
lalu menyalam ibunya dan
terus ke kereta.,
Danisy memecut laju kereta menuju ke perkarangan universiti,tempat
berkumpul semua pelajar universiti
yang mengambil bahagian ke Perkhemahan itu.
Dia hanya memuncungkan diri sahaja sebaik tiba,jika bukan
kerana Alex,pasti dia
tidak akan mengikuti perkhemahan ini.
Nisya dan Tizu sampai di perkarangan universiti,mereka berdua membawa
bagasi yang kurang sesuai untuk mendaki gunung,Nisha berjalan seperti
model,terhuyung-hayang,gedik habis. Ira dan Fira hanya menutup mulut menahan
ketawa melihat gelagat minah dua ekor yang perasan cantik + vogue+ chick =
gelabah habis.
Sejam kemudian,Ira menaiki bas
menuju ke lapangan terbang.