Usai menghabiskan sisa baki kerja Fizik,aku bangun dan terus mengemas pen pen yang berselerak di atas
meja,aku terus memasukan di dalam bekas pensil. Aku menutup buku fizik yang sememangnya
menyerabutkan lagi otak aku. Sedang aku mengemaskan buku,tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki
menghampiriku.aku mengenal insan yang datang menghampiri aku itu. Pelajar baru.Aku terus menekup
muka dengan fail dan mengambil beg. Aku melangkah deras namun diberhentikan dengan satu suara.
"tak payah nak lari sangatlahkan!!"kata pelajar itu.
"kau siapa,aku tak kenal!"balasku. Takut melihat pandangan tajam pelajar baru itu.
"aku nak kau tahu,yang aku akan cuba apa cara sekalipun untuk membalas dendam tentang perkara yang kau buat dekat aku tadi" balas Pelajar baru itu.
Aku melangkah deras meninggalkan Kelas 5 Alpha1. Takut juga dengan ugutan pelajar itu. Takut sangat.
Tapi nak salahkan dia,tak boleh juga,memang salah aku. Teringat kejadian dekat kantin pagi tadi
|FLASHBACK|
Aku berjalan bersama-sama Zila menuju ke kantin. Sedang kami berjalan,tiba-tiba pelajar baru itu datang ke arah aku,aku yang terkejut terus menyepak kakinya dan berlari. Entah kenapa aku menyepak dia pun aku tak tahu.
|end|
Usai mandi,Zila datang ke arahku,dia duduk di birai katil lalu berkata
"eh,Zara,aku tengok budak baru tu,handsome juga"kata Zira kepadaku.
"tak pun!!"balasku.
"kau ni,pandang lelaki handsome macam tak ada effect!!"balas Zira yang geram mendengar jawapan aku tadi.
"alah,kan prinsip aku takkan bercinta selagi tak berjaya!!"balasku.
"eleh,nama budak baru tu,Akim kan?"tanya Zira kepadaku.
"eh?entah!!tak tahu."aku menjawabnya lalu berkata.
"Zir,jom turun makan,sekejap lagi nak solat maghrib. Aku dan Zira berjalan beriringan ke dewan selera.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Akim,jom makan!!"ajak Firash.
"jom"balasnya pendek.
Mereka berjalan beriringan menuju ke dewan selera. Kedudukan dewan selera dengan kolej kediaman mereka tidaklah begitu jauh. Sedang mereka berjalan,Akim merasakan ada orang merenung ke arahnya.
Dia menoleh ke kanan dan ke kiri,namun tolehannya dikejutkan dengan sapaan dari Firash.
"alah,biasalah Kim,kalau masuk budak kolej ni,pantang tengok lelaki handsome,mesti dia orang usha punya,jangan risau,selagi aku ada kau selamat!!"balas Firash,. Mereka ketawa lalu beredar ke dewan makan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Usai menunaikan solat maghrib, seperti kebiasaan ceramah akan diadakan. Ustaz Hariz hari ini membentangkan tajuk "kalau sudah jodoh"tentang perkahwinan.
Seperti kebiasaan,bercinta selepas pernikahan memang membahagiakan. Aku mendengarnya sambil berangan.
"hai,abang tunggu saya!!"panggilku.
"kau ni lambatlah"balas suamiku.
"alah abang Akim ni,"kataku.
"eh?apa ni,aku cepat-cepat tersedar daripada angan-anganku, tak mungkin aku berangan nak kahwin dengan dia. Aku baru 17 tahun,gila-gila. Aku menampar-nampar dahiku.
bersambung...............................